Followers

Saturday, November 20, 2010

erti persahabatan



salam ukhuwwah........................


Dalam dunia ini,Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. 
Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang 
sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang 
sahabat,begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Kita 
cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak 
memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.


Bagi kita,Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela 
diri.Kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. 
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.Kita beri beribu 
alasan,memaksa dia menerima alasan kita.


Waktu itu,terfikirkah kita tentang perasaannya?Seperti kita, dia 
juga tahu rasa kecewa . tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai 
seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan 
dia.


Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan 
ketakutan,harapan dan impian kita luahkan,Dia memberi jalan sebagai 
laluan penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga 
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi 
bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa 
bimbangnya,rasa takutnya?


Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan 
kita?


ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?


Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup 
semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?


Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,kita boleh 
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah?


Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya 
bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,Kerana 
dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang, 
sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan 
sebagai kekuatan.


Jadilah kita kawannya itu.Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi 
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.


Disebalik senyumannya itu,mungkin banyak cerita sedih yang ingin 
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu 
kekalutan,kita tidak tahu.tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti 
dia,mungkin kita akan tahu.


Wallahu A'lam..

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates